Kampung Danger dan pemandu teksi

Cerita ini berlaku di sebuah perhentian teksi.

Seorang wanita berbangsa Filipina menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu,Sabah.

Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut “Cik mau pigi mana?”

Wanita Filipina itu menjawab “Sana kampung Dangir ya”.

Pemandu itu berasa hairan, kerana inilah pertama kali selama 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia mendengar nama kampung itu.

Oleh kerana tidak tahu kampung itu dimana, dia bertanya sekali lagi kepada
wanita tersebut.”Di mana bah itu kampung Dangir?”

“Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di
dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu”
jawab wanita itu.

“OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu” kata pemandu teksi itu.

Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.

Kampung Danger Likas Sabah

Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata “Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini” kata wanita itu menunjukkan
jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis “DANGER” (merbahaya).

Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut tewas dan ketawa terbahak-bahak sehingga meninggal dunia akibat serangan strok.

P/s There is a lot of funny jokes in Sabah due to the multi ethnic in Sabah.