Download!Download Point responsive WP Theme for FREE!

Nora Danish disahkan akan berkahwin

Nora Danish disahkan akan berkahwin jika ada jodoh

Nora Danish sentiasa menjadi perhatian orang ramai sejak dia menjadi ibu tunggal. Namanya kembali hangat dibicarakan apabila dikhabarkan berkawan dengan Nedim Nazri. Ramai lelaki yang tidak mahu melihat “sweet couple” ini mendirikan rumahtangga kerana merasakan mereka lebih layak untuk berkasih dengan Nora Danish berbanding dengan Nedim Nazri. Namun tidak kurang juga yang mahukan agar “Sweet couple” ini mendirikan rumah tangga dan menyebabkan timbulnya gosip mengenai pembelian barang hantaran baru-baru ini. Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya belum membuat perancangan untuk berkahwin.

 

Nora Danish akan berkahwin

Namun perkongsian Nora Danish mengenai impiannya bersanding di tepi pantai Bali jika ada jodoh kali kedua menarik perhatian.Adakah ini satu petunjuk kepada media atau lelaki di luar sana. Pasti ramai jejaka di luar sana yang akan berusaha untuk memastikan yang impian Nora untuk berkahwin dengan tema “Beach Wedding” akan tercapai. Tetapi siapa tahu itu mungkin ‘hint’ oleh Nora Danish untuk Nedim Nazri. Sama-sama kita nantikan apakah impiannya untuk berkahwin dengan tema ‘Beach Wedding’ akan tercapai?

Menurut Nora Danish dia akan berkahwin jika ada jodoh dan berikut maklumanya tentang impian perkahwinannya:-

[blockquote align=center]

Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap

[/blockquote]

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *