Kampung Danger dan pemandu teksi

Cerita ini berlaku di sebuah perhentian teksi.

Seorang wanita berbangsa Filipina menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu,Sabah.

Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut “Cik mau pigi mana?”

Wanita Filipina itu menjawab “Sana kampung Dangir ya”.

Pemandu itu berasa hairan, kerana inilah pertama kali selama 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia mendengar nama kampung itu.

Oleh kerana tidak tahu kampung itu dimana, dia bertanya sekali lagi kepada
wanita tersebut.”Di mana bah itu kampung Dangir?”

“Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di
dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu”
jawab wanita itu.

“OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu” kata pemandu teksi itu.

Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.

Kampung Danger Likas Sabah

Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata “Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini” kata wanita itu menunjukkan
jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis “DANGER” (merbahaya).

Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut tewas dan ketawa terbahak-bahak sehingga meninggal dunia akibat serangan strok.

P/s There is a lot of funny jokes in Sabah due to the multi ethnic in Sabah.

Kisah seorang jejaka sabah bernama Paken

Cerita lawak sabah

 

Keesokan harinya Paken datang semula ke gerai makcik kuih tersebut…

Paken :       Makcik, harga cucur udang ni sama macam semalam RM 0.20 sebiji ka?

Makcik :     Tidaklah… ni ari murah ckit pasal makcik rasa bersalah sama ko pa…sal semalam…

Paken :        ya ka… berapalah kunu harga dia?

Makcik :      RM 0.10 sebiji…

Paken :         Murah ooo makcik… bagi saya harga seringgitlah…

Makcik :      buli ba…

 

Setelah membayar harga kuih tersebut Paken bertanya semula

Paken :           makcik, kenapa ni ari makcik bagi murah sepusin sebiji..

Makcik :         oh.. sa bagi murah pasal tu kuih nda abis smalam..jadi ni ari sa jual murah supaya nda rugi…

 

Paken dengan tensionnya berlalu pergi dan terus masuk ke keretanya sambil memaki hamun…

Makcik tu dengan tenangnya berkata, ” ko ingat ada barang murah lagi ka skarang… suma naik harga la..”

 

P/s – tanya semasak-masaknya sebelum membeli… ihihii

Kisah seorang jejaka bernama Paken

Cerita lawak sabah

Suatu petang di pasar kuih….
Paken telah memberhentikan kereta beliau di simpang jalan utk membeli kuih.. dan menanyakan harga2 kuih tersebut…
Paken :     Berapa harga cucur udang ni, makcik?

Makcik :  Kira lamsam….seringgit tiga lah……

Paken :     Murah ooo, makcik….bagi saya harga seringgit lah…

Makcik :  Bulih bah kalo ko…….

Paken :    Kalo saya ambik satu ja cucur udang ni, berapalah makcik?

Makcik :  Satu 20 sen..

Paken pun terus “chow” dgn muka berangin… dan terus membawa kereta VIVA nya lalu melemparkan kata2 kesat pada makcik tu…makcik tu sambil menggoreng hanya mampu membalas dgn mengangkat jari hantunya pada si Paken…… (..!..)